a
Lorem ipsum dolor sit amet, consecte adipi. Suspendisse ultrices hendrerit a vitae vel a sodales ac lectus.
Instagram Feed
Follow Us
Live Feed Video MCP | Video Korporat | Fotografi Perkahwinan | Videografi Perkahwinan > Tips  > Tips Memilih Fotografer Dan Videografer Perkahwinan

Tips Memilih Fotografer Dan Videografer Perkahwinan

Perkahwinan adalah salah satu kenangan paling indah dalam hidup seseorang.  Cara terbaik untuk mengabadikan kenangan terindah tidak lain dan tidak bukan adalah melalui gambar dan video.

Secara umumnya semua orang boleh mengambil gambar dan video sendiri tetapi bukan semua mampu untuk mengambil gambar atau video dengan baik dan cantik. Ini adalah disebabkan bukan semua orang mempunyai kreativiti dan juga bakat untuk mengambil gambar dan video. Oleh sebab itulah perkhidmatan fotografer dan videographer perkahwinan diperlukan.

Jika kita lihat senario hari ini, tidak kira dalam majlis perkahwinan yang besar, sederhana atau kecil, perkhidmatan fotografer dan videografer pasti akan digunakan. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini boleh dianggap satu keperluan untuk melengkapkan sesebuah majlis perkahwinan. Walaubagaimana pun, pemilihan fotografer dan videographer perkahwinan yang betul adalah penting supaya gambar dan video yang dihasilkan memenuhi kehendak pasangan pengantin.

Antara tips memilih fotografer dan videografer adalah seperti berikut:

  1. Baca dan Lihat Portfolio

Perkara pertama yang perlu diperhatikan semasa memilih fotografer dan videographer adalah latarbelakang perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai portfolio. Portfolio seorang fotografer dan videografer akan menunjukkan hasil kerja fotografi dan videografi yang telah dilakukan sebelum ini. Melihat portfolio kini lebih mudah kerana anda boleh melihat portfolio fotografer dan videografer secara atas talian. Walaubagaimana pun, adalah lebih baik untuk berhubung secara langsung dengan fotografer dan videografer bagi memastikan bahawa perkhidmatan yang dijalankan adalah sah dan wujud. >>>>Lihat Portfolio Kami<<<<

  1. Gaya Fotografi dan Videografi.

Setiap fotografer dan videografer mempunyai gaya dan kekuatan fotografi yang tersendiri. Dengan meneliti hasil kerja terdahulu seorang fotografer, anda akan dapat lihat gaya fotografer tersebut. Sekiranya gaya tersebut memenuhi kehendak anda, maka fotografer tersebut bolehlah tersenarai untuk pemilihan menjadi fotografer dan videografer untuk majlis perkahwinan anda.

  1. Bincang Konsep

Hampir semua majlis perkahwinan mempunyai konsep atau tema tertentu. Sekiranya majlis anda mempunyai tema tertentu, adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan fotografer dan videografer kerana ini akan menentukan peralatan yang diperlukan semasa majlis perkahwinan anda.

  1. Pakej dan Harga

Perkhidmatan fotografi dan videografi datang dengan pelbagai harga dan pakej. Antara perkhidmatan yang biasanya tersenarai dalam sesebuah pakej fotografi adalah seperti sesi fotografi pre-wedding, sesi fotografi majlis persandingan dan juga sesi fotografi outdoor. Bagi perkhidmatan videografi, pakej biasanya terdiri daripada perkhidmatan rakaman video semasa perkahwinan atau kini ada juga yang menawarkan perkhidmatan video secara langsung semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Baca dengan teliti setiap pakej yang ditawarkan kerana memilih pakej yang tidak sesuai boleh menyebabkan bajet perkahwinan anda tersasar. Sebaiknya, pilih pakej dan harga perkhidmatan fotografi dan videografi berdasarkan bajet anda. Hubungi atau berjumpa dengan fotografer dan nyatakan bajet anda. Dari situ, mereka boleh memberikan cadangan pakej yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda. >>>>>Dapatkan harga yang menarik di sini<<<<<

  1. Tarikh, masa dan lokasi

Pemilihan fotografer dan videographer sepatutnya bermula lama sebelum majlis perkahwinan lagi. Tempahan awal adalah penting untuk memastikan fotografer tersebut boleh bertugas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sangat tidak digalakkan untuk membuat tempahan dalam jangka masa yang terlalu singkat kerana fotografer mungkin enggan untuk memberikan perkhidmatan yang bersifat ad-hoc.

Begitulah tips memilih fotografer dan videografer untuk majlis perkahwinan. Perkahwinan adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup yang perlu diabadikan sebaiknya supaya ianya dapat dilihat oleh generasi akan datang iaitu anak-anak dan keturunan kita. Perkara paling penting, berbincanglah dengan fotografer dan videografer untuk mendapatkan harga dan pakej terbaik serta mengikut bajet anda.

Share

admin

No Comments

Leave a reply

Whatsapp Kami