a
Lorem ipsum dolor sit amet, consecte adipi. Suspendisse ultrices hendrerit a vitae vel a sodales ac lectus.
Instagram Feed
Follow Us
azdikamal

Ahmad Azdi

CEO

Nama saya Ahmad Azdi b. Ahmad Kamal, dilahirkan pada 16.8.1983 di Hospital Besar Melaka. Emak saya bernama Siti Rohani bt Abdul Wahab. Saya adalah anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Isteri saya bernama Athirah bt A. Rahim dan mempunyai 4 orang anak in syaa Allah.
Saya membesar di Melaka dan bersekolah di SRK Jalan Dato Palembang, kemudian di SMK Munsi Abdullah, SMK(A) Sultan Muhammad dan di SMK Teknik Bukit Piatu jurusan Elektrik dan Elektronik. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dengan jurusan Diploma Elektrik Perhubungan.
Penglibatan saya dalam industri fotografi dan videografi ini bermula pada tahun 2008 semasa saya berkhidmat bersama Kerajaan di Jabatan Penerangan Malaysia sebagai Juruaudio Visual. Setelah itu saya terus dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi dan ditugaskan untuk berkhidmat di Politeknik Merlimau Melaka dibawah Unit Multimedia dan Sumber yang sekarang dikenali dengan Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia.
Disinilah saya menimba segala ilmu yang melibat Audio dan Visual seperti bagaimana mengendalikan PA sistem, mengambil gambar dan video setiap acara yang berlansung di Politeknik. Selain itu saya juga diamanahkan untuk mengedit foto dan video menggunakan perisian Edius, Adobe Premiere, Magic Pro dan Final Cut Pro komputer Apple Mac. Saya juga menguruskan rakaman suara di bilik studio rakaman menggunakan perisian Sound Forge Studio. Kerja ini juga turut dilaksanakan di luar Politeknik ketika menjalankan rakaman di negeri-negeri lain.
Penyelia saya juga memberikan tugas kepada saya untuk mengendalikan sistem audio dan video dewan semasa majlis-majlis besar yang melibatkan Vip seperti Menteri dan juga artis tempatan. Saya juga mengendalikan sistem MCP (Multiple Camera Production) atau lebih dikenali dengan Live Feed Video.
Inilah skop tugasan saya dari tahun 2008 hingga tahun 2013. Setelah itu saya telah meletakkan jawatan dan menjalankan perniagaan yang melibatkan ilmu yang telah saya timba semasa berkhidmat dengan kerajaan dalam bidang Audio dan Visual ini.
Kini saya mendaftarkan Perniagaan dengan nama Combination Production dan segala jenama dibawah nama saya sendiri iaitu Azdikamal.com .
Saya juga tidak pernah menyesal berhenti berkerja dengan kerajaan kerana saya dapat membantu lebih ramai lagi orang di luar sana. Saya menjalankan perniagaan yang melibatkan rakaman foto dan video majlis perkahwinan, menghasilkan video korporat untuk syarikat-syarikat, membantu melancarkan acara dengan servis live feed video dan juga rakaman drone ataupun aerial fotografi dan videografi.
Semoga segala usaha yang telah saya usahakan bersama dengan keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dan memberi sokongan secara fizikal dan mental ini akan sentiasa mendapat rahmat dan diberkati Allah. Saya juga memohon agar anda semua terus menyokong kami dalam industri ini agar kami sebagai satu pasukan dapat terus membantu lebih ramai lagi insan diluar sana dan kami juga berharap agar kami juga dapat menjadi sumber inspirasi kepada setiap insan dan usahawan diluar sana.
Akhir kata dari saya, jangan mudah mengalah, teruskan usaha, biar kita gagal dan jatuh kerana itu memang biasa tetapi jika kita bangkit semula dengan semangat dan ilmu itu adalah sesuatu yang amat luar biasa. Jaga iman dan amal. Jaga ibu bapa dan keluarga selagi mereka masih ada. Doa dan restu mereka adalah senjata berbisa. Jangan lupakan Allah.
Sekian, Terima kasih.
Follow me
Made With
by KhairulAriffin.com
Whatsapp Kami