a
Lorem ipsum dolor sit amet, consecte adipi. Suspendisse ultrices hendrerit a vitae vel a sodales ac lectus.
Instagram Feed
Follow Us

Flying Drone di Cameron Highland

Drone
Layan fly drone di Ladang Teh Boh Sungai Palas, Brinchang Cameron Highland.
Tapi ni hanya di luar kawasan pintu masuk sahaja, aku sampai sini hari Isnin di mana memang hari Isnin ladang teh ni tutup.
Cadangnya nak pergi hari Ahad, tapi hari Ahad tu silap percaturan belah pagi ke Tanah rata dulu sebab Aisyah dah tak sabar nak petik buah strawberi. Aku pun bawakla dia ke YZ Agro Farm salah satu ladang Kebun Strawberi Bumiputera di Cameron ni. Tapi sayang bila sampai staf YZ Agro ni inform dah tak boleh petik sebab buah Strawberi kebun ni dah nak habis. Maklumla sampai kat Cameron ni lepas seminggu cuti sekolah.
Jadi lepas tu aku bawak Aisyah ke Taman Agro Al-Mashoor tak jauh dari YZ Agro. Sama jugak dah tak boleh petik Strawberi, layan Aiskrim sahaja kat situ. Disebabkan Aisyah nak jugak petik Strawberi aku bawak dia ke Abang Strawberi salah satu usahawan bumiputera juga. Kat Abang Strawberi ni pun boleh tahan juga..kebunnnya agak luas dan Aisyah ada peluang nak petik Strawberi. Walapun hanya tinggal sisa orang ramai dan banyak petik masa awal cuti sekolah haritu kita kenala pandai-pandai skodeng ada juga lebihan buah strawberi yang dah masak ranum merah pekat masih belum di petik.
Lepas layan Aisyah petik buah aku waze pulak nak ke ladang teh Sungai Palas ni. Amikkau 2 jam kau nak sampai dari Tanah rata sampai ke Ladang Teh Sungai Palas. Aku tengok kat pekan Brinchang tu ada sesak sikit yang lebihnya sesak teruk kat jalan masuk ladang teh tu. So aku pun tangguh esok je nak ladang teh.
Hari Isnin aku drive masuk ladang teh ni..pergh boleh tahan..jalan sempit..2 hala..tapi kalau bertembung masak juga..seram tepi gaung kot..hahaha..dulu masa kecik abah aku bawak ke ladang teh ni naik merc lama BAC 6202 tu macam manala agaknya..walaupun aku tahu ladang teh ni tutup hari Isnin tapi aku pergi jugak. Saja aku nak bawak budak-budak ni..dulu Hasif pun kecik lagi..la ni dia dah darjah 4 lebih banyak dia belajar.
Sempatla jugak aku fly drone kat sini..walaupun ada satu macha ni driver pelancong sound aku tak boleh fly drone kat situ..tapi macam biasala..nama pun Ahmad Azdi..kan..pagar sekolah pun aku panjat siap campak basikal masa kat SMKA Sultan Muhammad dulu..kantoi aku dengan mak aku ni..hahaha..tapi inilah perjalanan hidup..kau kena berani..kena berani mencuba..so aku abaikan macha tu. Inilah yang akan mematangkan kau. Jadi aku teruskan fly drone dapatla footage sikit dalam 3 minit.
So nasihat aku..kalau korang nak jalan Cameron Highland ni planla pergi masa bukan cuti sekolah panjang..pergila Sabtu atau Ahad biasa. Korang akan bebas kesesakkan jalan kat Cameron ni..In syaa Allah. Kalau jam jugak..Sabarlah..hehe
Itu sahaja yang aku nak cerita. Assalamualaikum.

admin

Whatsapp Kami