a
Lorem ipsum dolor sit amet, consecte adipi. Suspendisse ultrices hendrerit a vitae vel a sodales ac lectus.
Instagram Feed
Follow Us

“Multi Camera Production MCP Live Feed,” Apa yang rakyat Malaysia perlu tahu tentangnya

Bagi kebanyakan orang, apabila mendengar tentang rakaman video secara automatik akan terbayangkan rakaman dan penerbitan video dengan menggunakan sebuah kamera video. Ini kerana kebanyakan orang awam mengambil video hanya menggunakan sebuah kamera sahaja. Tetapi hakikatnya, banyak lagi teknik untuk mengambil video dan salah satunya adalah yang dipanggil multi camera production (MCP). Penerbitan video Kamera Berbilang atau Multiple Camera Production, merupakan satu penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video.  Penghasilan video menggunakan dua kamera atau lebih memerlukan kepakaran dan kakitangan yang ramai serta cekap untuk menghasilkan penerbitan yang berkualiti.

JENIS PENERBITAN

Secara umumnya, penerbitan video kamera berbilang terdiri daripada 2 jenis iaitu yang bersifat siaran langsung (livefeed) ataupun rakaman. Penerbitan multiple camera production memerlukan ramai kakitangan yang terlibat dan setiap daripada anggota perlu menguasai tugas yang diberikan. Ini akan menjadi lebih penting sekiranya produksi yang dijalankan adalah siaran langsung kerana sebarang kesilapan tidak boleh dibetulkan dan mungkin akan menjejaskan keseluruhan produksi sekiranya berlaku masalah semasa penerbitan.

Lain pula jika penerbitan yang bersifat rakaman. Penerbitan rakaman video kamera berbilang jenis rakaman dihasilkan dengan kurang tekanan kerana video yang dihasilkan boleh di edit terlebih dahulu sebelum disiarkan.

Antara program yang biasanya dirakamkan secara penerbitan kamera berbilang ialah Berita, Forum Perdana, Bolasepak, Sambutan Kemerdekaan dan lain-lain yang seumpamanya. Ini juga bermakna penerbitan video kamera berbilang boleh dijalankan sama ada di dalam bangunan ataupun di kawasan yang terbuka.

PERALATAN MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP)

Multi Camera ProductionSatu lagi keperluan utama semasa melakukan penerbitan kamera video berbilang adalah ia perlu menggunakan peralatan-peralatan tertentu. Penerbitan video kamera berbilang yang dilakukan di luar bangunan ialah seperti forum perdana dan sebagainya yang dijalankan di ruang-ruang terbuka atau dalam dewan-dewan tertentu biasanya menggunakan Outdoor Broadcast van yang mana semua peralatan untut menerbitkan video kamera berbilang diletakkan di dalam van tersebut.

Antara peralatan yang diperlukan beberapa buah kamera video, tripod tempat meletakkan kamera, Camera Control Unit, Waveform, Video Switcher, Video tape Recorder atau Hard Disc, Komputer untuk grafik, Intercom untuk berhubung dengan kakitangan penerbitan yang lain serta Video Tape Player untuk menayangkan rakaman-rakaman luar dalam penerbitan berkenaan.

KAKITANGAN PRODUKSI

Apa yang lebih penting adalah kakitangan yang mengendalikan peralatan tersebut. Mereka hendaklah mahir dengan peralatan yang dikendalikan kerana jika mereka tidak berkemahiran penerbitan atau rakaman yang dijalankan akan mengalami kecacatan.

Diantara kakitangan yang terlibat dengan penerbitan video kamera berbilang ialah Pengarah Studio, Penolong Pengarah, Pengurus Pentas atau Floor Manager, Penerbit teknik, Grafik, VTR Operator, Jurulampu, Sound Supervisor dan Jurukamera atau Videographer. Kakitangan teknikal dan bukan teknikal dalam penerbitan Kakitangan Teknikal dalam penerbitan televisyen mengandungi mereka yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas pengendalian peralatan penerbitan.

Mereka merupakan sebahagian daripada krew yang termasuk Jurukamera, kakitangan audio dan pencahayaan atau lampu, pengendali VTR, penyunting video dan pengendali grafik. Kakitangan teknikal bermakna mereka mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan peralatan berkenaan. Perlu juga diketahui bahawa tugas kakitangan teknikal dan bukan teknikal adakalanya akan ‘overlap’ atau bersilih ganti di antara dengan yang lain bergantung kepada saiz kumpulan penerbitan berkenaan.

Multi camera production (MCP) mungkin adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan orang. Tetapi bagi yang meminati bidang ini, ianya adalah sesuatu yang sangat menarik untuk didalami.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Kami menawarkan perkhidmatan Live Feed Video ataupun Multiple Camera Production di Seluruh Malaysia. Servis kami meliputi pelbagai majlis seperti perkahwinan di rumah mahupun dewan, seminar, konvokesyen dan pelbagai lagi. Kami mempunyai Team yang sangat berpengalaman untuk berkerjasama bersama anda samada para bakal pengantin, penganjur majlis dan juga badan kerajaan ataupun swasta. Kami mempunyai peralatan Full HD Video Cam, Video Switcher, Rakaman dan Editing on the spot serta team Videography dan Photography yang sentiasa bersedia untuk merakam event anda pada bila-bila masa sahaja.
Anda Berminat Menggunakan Perkhidmatan Kami! Hubungi Kami Segera di Talian 0182171718

Hasil Kerja Rakaman Live Feed Video

Video Testimoni Pelanggan Kami

Anda Berminat Menggunakan Perkhidmatan Kami! Hubungi Kami Segera di Talian 0182171718

Video Belakang Tabir Live Feed / MCP

Whatsapp Kami